BAGAN SERAI: Kerajaan bersetuju menyalurkan dana RM4 bilion bagi pelaksanaan projek air yang disalurkan dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah bagi menyelesaikan masalah air di Kerian dan sebahagian Pulau Pinang. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek penyaluran air dari Sungai Perak itu akan mampu membekalkan air terawat ke utara Perak dan juga Pulau Pinang. Menurut beliau, projek tersebut akan menyelesaikan masalah bekalan air terutama bagi sektor pertanian…