‘Bila kami sudah tiada, biarlah orang ingat kami sebagai legenda” - Utusan Malaysia

‘Bila kami sudah tiada, biarlah orang ingat kami sebagai legenda”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya nak sangat apabila kami semua sudah tiada nanti, nama kami disebut sebagai satu lagenda.”

Demikian luahan salah seorang anggota kumpulan legenda, Senario, Azlee ketika ditanya tentang ukhwah persahabatan mereka yang kekal sehingga kini.

Jelas Azlee, selama 28 tahun, mereka kekal bersahabat dengan menghormati antara satu sama lain dan saling mengingati saat susah senang bersama ketika dulu.

“Kami disatukan sebagai sebuah kumpulan pada tahun 1996, sekarang sudah tahun 2024. Bagi saya, ini adalah persahabatan yang tidak mungkin boleh saya lupakan.

“28 tahun, ikatan persahabatan yang begitu besar kepada saya dalam Senario kerana kami berjuang bersama-sama. Kami naikkan nama bersama-sama, kami bersusah senang bersama-sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azlee yang baru-baru ini diserang sakit jantung merakamkan penghargaan kepada setiap anggota Senario yang telah bersama-samanya dalam dunia seni.

“Kekuatan Senario bukan terletak kepada saya seorang sahaja, tetapi kepada setiap anggota yang pernah bersama-sama saya.

“Saya sayang Lan, saya sayang Wahid, saya sayang arwah Hamdan, saya sayang Ilya, saya sayang Yassin, saya sayang Apek, saya sayang Shamsul Ghau Ghau.

“Saya sayang semua,” kongsinya sebak.

Tambahnya lagi, dia mendoakan agar setiap sahabatnya diberikan kesihatan yang baik dan menjaga persahabatan mereka.

“Kepada sahabat saya yang saya sebutkan tadi, saya doakan anda semua sihat dan jagalah ukhwah persahabatan sesama kita ini,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN