Beri polis ruang, berusaha rungkai kes Zayn Rayyan

Beri polis ruang, berusaha rungkai kes Zayn Rayyan

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang berusaha sedaya upaya untuk kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan perlu memberi ruang kepada pihak polis melakukan siasatan terperinci.

“Saya hendak cakap dekat sini hentikan sebarang spekulasi, biar pihak polis menyiasat perkara ini. kita tidak akan berhenti siasat kes ini ini sehingga ia dapat dirungkai serta diselesaikan secepat mungkin.

“Kita ada panggil penjaga (Zayn Rayyan) untuk mengesahkan beberapa kenyataan dan siasatan kami,” katanya selepas ditemui media ketika menjadi panel dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC 2024), di sini hari ini.

Ditanya mengenai reman ibu bapa kanak-kanak itu, beliau berkata, ia bergantung kepada perkembangan siasatan.

“Kita tengok perkembangan siasatan. Jika perlu, kita akan mohon dan pihak pendakwa raya akan kaji sama ada permohonan kami ada asas atau tidak dalam konteks siasatan.

“Berkaitan (pertukaran) peguam, ia membabitkan pihak keluarga, kami (pihak polis) tidak campur soal itu,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 6.30 petang oleh keluarganya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN