Belia hisap vape, rokok terdedah risiko serangan jantung 

Belia hisap vape, rokok terdedah risiko serangan jantung 

AIZAI Azan Abdul Rahim (tengah) bersama Penasihat, Doktor Emily Tan (dua kiri) ketika pada pelancaran Hari Tanpa Tembakau Sedunia IJN di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Risiko serangan jantung dalam kalangan belia berumur 20 hingga 30 tahun akibat penggunaan produk tembakau dan e-rokok (vape) sangat membimbangkan, menurut Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam usaha menangani kesan penggunaan produk tembakau dan e-rokok di kalangan belia itu, IJN telah melancarkan program Hari Tanpa Tembakau Sedunia. 

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim berkata, program tersebut bagi mencegah penggunaan tembakau dalam kalangan golongan muda.

“Inisiatif ini menunjukkan komitmen IJN untuk memastikan generasi akan datang mempunyai alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” katanya semasa pelancaran sambutan program itu di IJN, hari ini.

Tambahnya, menurut Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2022, Tinjauan Kesihatan Remaja 2022, terdapat peningkatan penggunaan tembakau dalam kalangan remaja Malaysia dari 2012 hingga 2017.

“Terdapat juga trend yang semakin meningkat dalam penggunaan e-rokok atau penggunaan vape,” katanya.

Aizan Azan berkata, tinjauan itu mendapati sebanyak 42.2 peratus remaja menggunakan atau mencuba e-rokok atau vape sebelum umur 14 tahun dan kebanyakannya adalah remaja lelaki.

Untuk itu katanya, IJN berusaha untuk menangani isu tersebut secara langsung dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, pencegahan dan sokongan. 

“Program ini bertujuan memperkasakan belia dengan maklumat yang mereka perlukan untuk menjadi lebih sihat,” katanya.

Menurutnya, program tersebut turut melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar ibu negara dalam usaha memberi kesedaran kepada golongan belia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN