Bekas Timbalan Pendakwa Raya dilantik peguam baharu ibu bapa Zayn Rayyan

Bekas Timbalan Pendakwa Raya dilantik peguam baharu ibu bapa Zayn Rayyan

ZAYN RAYYAN
ZAYN RAYYAN ABDUL MATIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan polis Jumaat lalu akan diwakili Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin sebagai peguam baharu mereka.

Fahmi berkata, pihak keluarga ibu bapa Zayn sudah melantiknya bagi mewakili mereka.

“Insya-Allah saya akan hadir prosiding di mahkamah Jumaat ini. Saya dilantik untuk mewakili mereka berdua (ibu bapa Zayn),” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Datuk Zayn, Zahari Mohd Reba turut mengesahkan peguam baharu yang dilantik pihaknya adalah Fahmi yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN