KUALA TERENGGANU: Seorang bekas penjawat awam direman enam hari selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan pekerjaan di sebuah yayasan di bawah kerajaan negeri. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan lelaki berusia 40 tahun itu direman bermula hari ini hingga Isnin depan. Perintah reman itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Terdahulu, suspek ditahan di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberikan…