MEKAH: Seramai 56 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Hospital King Abdulaziz dan Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Mekah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Dr. Mohd.Naim Mokhtar berkata, daripada jumlah tersebut, 13 jemaah haji dirawat di hospital tersebut manakala 43 orang lagi di Pusat Rawatan TH. Katanya, semua jemaah haji dirawat akibat masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman paru-paru, masalah jantung, darah tinggi,…










