33,362 saman dalam 11 hari Op HUU Kuala Lumpur

33,362 saman dalam 11 hari Op HUU Kuala Lumpur

ANGGOTA Trafik melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal dalam Op Hormat Undang-Undang Kontinjen Kuala Lumpur malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 33,362 saman dikeluarkan Kontinjen Kuala Lumpur sepanjang 11 hari pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula 4 Jun lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, halangan lalu lintas atau parkir merupakan kesalahan tertinggi direkodkan dalam tempoh tersebut.

Katanya, sebanyak 25,405 saman melibatkan halangan lalu lintas, berhenti di laluan pejalan kaki (1,901), tiada lesen memandu (939), kesalahan nombor plat (431) dan cukai jalan tamat tempoh (585).

“Selain itu tidak ikat topi keledar (88), tiada nombor pendaftaran (192), tiada cermin sisi (392), menggunakan telefon (186), tidak tampal P (220), lesen tamat tempoh (140), lampu brek tidak fungsi (23), ubahsuai kenderaan (51) dan tiada perlindungan insurans (47).

“Sebanyak 211 operasi dijalankan di beberapa lokasi sekitar ibu negara antaranya OP Telefon Bimbit, OP Motosikal, OP Had Laju/LSD, OP Perdagangan, OP Halangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, seramai 374 pegawai kanan dan 4,236 anggota JSPT Kuala Lumpur ditugaskan sepanjang tempoh tersebut selain dibantu beberapa anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“JSPT Kuala Lumpur juga melakukan sebanyak 66 tangkapan dan turut menyita lima buah motosikal dan sebuah lori,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi trafik secara besar-besaran menerusi Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (Op HUU) di seluruh ibu kota, bermula 4 Jun sehingga 15 Jun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, dianggarkan 200 anggota ditugaskan setiap hari terdiri daripada pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis dari jabatan dan daerah Kontinjen Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×