PUTRAJAYA: Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) biarpun harga baharu diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter bermula esok. Ini bermakna sektor pengangkutan awam darat akan terus menikmati harga subsidi diesel pada RM1.88 seliter, manakala kenderaan pengangkutan barangan darat pula bakal menikmati harga RM2.15 seliter. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, syarikat pengangkutan awam dan barangan yang memperoleh kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya