2,790 premis didakwa naikkan harga diperiksa

2,790 premis didakwa naikkan harga diperiksa

FUZIAH Salleh ketika Sesi Soal Lisan di Dewan Rakyat, hari ini. - FOTO: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,790 premis diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas didakwa menaikkan harga barang ekoran

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, 210 notis bertulis dan membuka tujuh kes siasatan daripada keseluruhan jumlah premis yang diperiksa.

Menurut beliau, KPDN mengutip sebanyak 1,772 unit simpanan stok (SKU) atau harga barang sebelum penyasaran subsidi bermula bagi membandingkan harga selepas dasar tersebut dilaksanakan.

“Kita dapati beberapa hari yang pertama, ada pihak mengambil kesempatan tapi selepas kita mengeluarkan notis, panggil dan minta mereka jawab mengapa ada harga naik sebab kita sudah ada data awal.

“Kita dapati keadaan agak terkawal, yang nak ambil kesempatan mungkin berfikir banyak kali,” katanya ketika Sesi Soal Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Fuziah menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rinchard Riot Jaem (GPS-Serian) yang meminta kementerian menyatakan langkah-langkah bakal agar harga barang tidak melambung naik dengan mendadak selepas penyasaran subsidi dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada sektor logistik bagi mengelak berlakunya kenaikan harga barang yang melampau.

Ini kerana, jelasnya, logistik merupakan penyumbang terbesar terhadap kos harga barang.

“Jadi, apabila kita memberi fleet card kepada syarikat-syarikat logistik atau lori yang membawa barang-barang keperluan itu, daripada situ kita memastikan tiada kos tambahan kepada pengangkutan barang-barang perlu.

“Setakat ini tidak ada penyasaran subsidi kepada sektor binaan. Namun, libat urus sentiasa berterusan, kita boleh pergi ke kementerian berkaitan dan Jawatankuasa Rayuan boleh meneliti keadaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×