198,046 pengangkutan awam, barangan lulus subsidi diesel

198,046 kenderaan pengangkutan awam, barangan lulus subsidi diesel

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 59,940 syarikat diluluskan subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan sebanyak 198,046 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, jumlah itu diluluskan setakat semalam selepas pelaksanaan penyasaran subsidi dan pelarasan harga baharu diesel bermula 10 Jun lalu.

Menurut beliau, kelulusan serta-merta boleh diberikan melalui sistem MySubsidi Diesel sebaik permohonan disertakan dengan maklumat lengkap.

“KPDN merintis perluasan BUDI MADANI : SKDS 2.0 pada 7 Mac lalu yang pada awalnya hanya terbuka kepada sembilan jenis kenderaan pengangkutan barangan.

“Kemudian pada 13 Mei lalu, SKDS 2.0 ditawarkan kepada tambahan 14 jenis pengangkutan barangan menjadikan keseluruhan 33 jenis pengangkutan yang terlibat termasuk penerima awal SKDS 1.0 iaitu 10 jenis kenderaan pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan berkata, sehari sebelum pelarasan harga bermula, KPDN menerima keseluruhan permohonan daripada 40,264 syarikat yang melibatkan 156,242 kenderaan.

Katanya, kelulusan permohonan meningkat pada kadar tertinggi pada 10 Jun lalu yang merekodkan 8,584 syarikat melibatkan 19,612 kenderaan pengangkutan awam dan barangan.

“Ini adalah peningkatan sebanyak 7,097 (477 peratus) syarikat dan 16,584 (548 peratus) kenderaan berbanding hari sebelumnya (9 Jun) yang hanya mencatatkan kelulusan permohonan sejumlah 1,487 syarikat dengan melibatkan 3,028 kenderaan,” katanya.

KPDN menjangkakan permohonan akan terus meningkat khususnya sehingga 30 Jun ini selaras dengan tarikh akhir pembayaran semula secara tunai kepada penerima SKDS yang masih belum menerima fleet card.

KPDN pada masa sama menggesa syarikat pengangkutan yang layak untuk segera membuat permohonan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my untuk mendapat manfaat subsidi bersasar yang ditawarkan oleh kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya