KUALA TERENGGANU : Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan sebanyak 1,261 notis kesalahan pembiakan Aedes dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesalahan itu dikesan melalui tindakan penguatkuasaan Ops Ugat-Ugat di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975. “Semua kesalahan pembiakan Aedes itu ditawarkan dengan jumlah kompaun sebanyak RM198,500. “Secara keseluruhannya, sebanyak 110 premis telah diperiksa dan sebanyak 82 kesalahan…