SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Sidam, di sini malam tadi. Nahas kira-kira pukul 8 malam itu mengorbankan pemandu, Siti A’isyah Idris, 23, yang bekerja sebagai ahli farmasi di sebuah hospital swasta akibat parah di kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, rakannya yang turut berusia 23 tahun…










