LAHAD DATU: Tiga pendaki maut manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian kepala air di Lembah Mak Sina River Trekking, Pantai Makuau, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.28 malam itu, tiga mangsa ditemukan tertimbus di bawah kayu balak. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden 17 pendaki terkandas akibat kejadian kepala air di Lembah Mak Sina kira-kira pukul 8.20 malam. Bertindak atas laporan itu, jelasnya, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 56 kilometer dari BBP…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya