Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman - Utusan Malaysia

Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman

Butir matan palsu
TIGA individu termasuk seorang wanita dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman bagi membantu siasatan tuntutan mengandungi butir matan palsu, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga penjawat awam termasuk seorang pemegang jawatan pengerusi sebuah koperasi direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini bagi membantu siasatan tuntutan bernilai RM36,000 yang mengandungi butir matan palsu, pada tahun lalu.

Reman tersebut dibenarkan oleh Majistret Sasha Diana Sabtu ke atas dua lelaki dan seorang wanita penjawat awam masing-masing berkhidmat sebagai Pegawai Latihan Gred 41, 42 dan 44 yang berusia antara 40 hingga 50 tahun.

Ketiga-tiga individu tersebut sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 4.10 – 4.15 petang semalam di pejabat SPRM Selangor.

Berdasarkan siasatan awal SPRM, dua penjawat awam itu yang berkhidmat dekat sebuah institut kemahiran di negeri ini ditahan kerana dipercayai terlibat  mengemukakan butir matan palsu bagi dalam tuntutan bayaran sebanyak RM36,000 bagi menyediakan makanan dan minuman termasuk dobi.

“Maklumat diterima mengatakan pada tahun 2023, seorang pengarah syarikat mengemukakan tuntutan bayaran sebanyak RM36,000 bagi menyediakan makanan dan minuman bermasak termasuk dobi kepada sebuah institut kemahiran.

“Kerja tersebut adalah untuk satu program oleh institut berkenaan yang mana tuntutan bayarannya mengandungi butir matan palsu dan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” kata sumber.

Justeru, ketiga-tiga individu tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi bagi permohonan reman.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim kemudian mengesahkan tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×