PETALING JAYA: Malaysia bakal masuk ke fasa monsun barat daya bermula Jumaat ini sehingga September depan yang dijangka menyebabkan kurangnya pembentukan awam sekali gus membawa kepada taburan hujan lebih rendah sepanjang tempoh tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, sepanjang monsun barat daya, angin bertiup secara konsisten ke arah barat daya dengan kelembapan udara rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil. Justeru, katanya, kebanyakan tempat di seluruh…










