Struktur semula jabatan PBT sebelum laksana Akta 672

Struktur semula jabatan PBT sebelum laksana Akta 672

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dan Pulau Pinang melakukan penstrukturan semula jabatannya tersebut sebelum melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, penstrukturan semula itu bertujuan memastikan perkhidmatan disediakan oleh PBT kepada masyarakat mengikut standard dan piawaian ditetapkan.

“Perkara ini tidak menjadi sebarang masalah namun CUEPACS melihat sebahagian daripada objektif akta ini adalah untuk menarik balik jawatan tetap yang sedia ada di dalam PBT.

“Jawatan-jawatan tetap ini perlu dipertahan di PBT dan penstrukturan semula harus dijalankan bagi memastikan PBT mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dengan memanfaatkan anggota yang sedia ada.

“Jika anggota ini ditarik balik warannya berikutan pelaksanaan Akta 672, CUEPACS bimbang PBT akan menghadapi kekurangan tenaga kerja sehingga menjejaskan perkhidmatan terhadap rakyat,” katanya semasa menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, hari ini.

Akta itu bertujuan memastikan komitmen undang-undang dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sisa pepejal serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui kitaran.

Setakat ini, tujuh negeri telah melaksanakan akta tersebut iaitu Johor, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×