MEKAH: Doa Muhammad Ameer Che Noor Azam 18, agar diberikan kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika mengunjungi Raudah dua minggu lalu termakbul apabila memperoleh 9A. Malah, kejayaan tersebut lebih bermakna apabila keputusan cemerlang yang diterima serentak semasa berada di Mekah untuk bergelar duyufurrahman. Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong Utama Satu itu, dia sangat bersyukur dengan pengorbanan ibu bapa yang bukan hanya memberikan pelajaran terbaik, tetapi berusaha keras menabung dan membawanya ke tanah suci untuk menunaikan haji. “Masa pertama kali melihat keputusan, saya sangat gembira sebab tidak pernah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya