Semangat kekitaan tunjang kemenangan PRK KKB - Ahmad Zahid

Semangat kekitaan tunjang kemenangan PRK KKB – Ahmad Zahid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-78 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semangat kekitaan yang erat menjadi tunjang kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan itu disebabkan semangat kekitaan yang erat diantara parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Biarpun kita dibaling dengan isu “UMDAP” (UMNO-DAP) dan agak sukar untuk kita membuat penjelasan. Namun hakikatnya, jalinan antara BN dan PH adalah tunjang kepada kerajaan bersama parti di Sabah dan Sarawak.

“Tunjang ini mesti diperkukuh. Saya telah menyatakan bahawa kepimpinan DAP banyak membantu calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan ini kali pertama calon DAP bertanding di Kuala Kubu Baharu.

“Ia tidak salah jika kita membalas budi yang telah ditabur oleh mereka. Kenyataan saya dan pemimpin lain sentiasa diputarbelitkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang tahun ke-78 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.

Selain itu katanya, hari ini telah membuktikan bahawa kerajaan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap apapun yang diberikan oleh pihak seteru politik.

Dalam perkembangan sama beliau mengucapkan terima kasih kepada jentera BN pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon DAP dan terima kasih kepada jentera BN-UMNO di seluruh negeri Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN