JOHOR BAHRU: Keluarga kepada Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, yang terbunuh dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi reda, namun tetap bangga. Abangnya, Abdul Salam, 33, berkata, adiknya yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik itu terkorban ketika sedang bertugas berkhidmat untuk masyarakat dan negara. “Memang membanggakan, kerana kejadian berlaku ketika dia sedang bertugas. Cuma saya rasa agak terkilan kerana saya membantu…










