PETALING JAYA: Sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus tahun ini mampu dicapai berdasarkan pasaran buruh, kuasa membeli dan eksport barangan perkilangan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, sasaran itu munasabah berdasarkan peningkatan pertumbuhan bagi suku pertama 2024 (S1 2024) iaitu 4.8 peratus (Januari) dan lima peratus (Februari). “Perkara ini berdasarkan pasaran buruh yang baik apabila negara telah…