KANGAR: Pengalaman menjadi guru hampir 30 tahun, banyak membantu dan memudahkan Mohd. Shukri Ramli dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar terutama semasa menyantuni rakyat. Malah, Hari Guru juga cukup istimewa bagi Mohd. Shukri yang mempunyai 1,001 pengalaman bergelar pendidik. Menariknya, meskipun sudah lebih 10 tahun bersara sebagai guru, namun masih ramai memanggilnya cikgu. Secara berseloroh Mohd. Shukri berkata, dahulu beliau sering menganggap kerja sebagai guru sukar dan menjadi Menteri Besar…










