KEMAMAN: Penduduk di sekitar Kampung Ibok, dekat sini, gempar dengan penemuan ribuan ikan darat yang ditemukan mati dan terapung di Sungai Ibok, di sini, sejak petang kelmarin. Tinjauan di sekitar sungai itu mendapati pelbagai jenis ikan termasuk lampam dan temperas, terbol, udang galah dan tapah mati terapung dan keadaan sungai yang sering menjadi tumpuan pemancing itu juga berbau busuk. Seorang daripada penduduk, Ahmad Sanadi Kassim, 54, berkata, kejadian itu pertama…










