Rakyat Melaka harap Tun Ali terus sumbang idea, lestari ekonomi

Rakyat Melaka harap Tun Ali terus sumbang idea, lestari ekonomi

MOHD. ALI Mohd. Rustam menerima surat cara pelantikan daripada Sultan Ibrahim di Singgahsana Kecil Istana Negara, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Meneruskan agenda pembangunan dan menyantuni rakyat antara harapan besar rakyat terhadap pelantikan semula Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam sebagai Yang Dipertua Ne­geri Melaka bagi penggal kedua.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, pensyarah, Abd. Aziz Azmi, 35, berkata, Mohd. Ali diharapkan dapat menyumbang idea dalam mempertingkat dan melestarikan ekonomi Melaka khususnya sektor pelancongan.

ABDUL AZIZ AZMI

“Beliau memahami de­nyut nadi rakyat kerana pernah mentadbir Melaka sebelum ini sebagai Ketua Menteri. Banyak agenda beliau dahulu telah direalisasikan dan manfaatnya dirasai rakyat sehingga sekarang,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Mohd. Ali di­sempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Singgahsana Kecil Istana Negara, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Sebelum ini, Mohd. Ali yang juga bekas Ketua Menteri dilantik ke jawatan itu pada 4 Jun 2020 oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, seorang kakitangan awam, Nur Hazwani Abdul Wahi, 33, berkata, Mohd. Ali sentiasa menyantuni rakyat sepanjang sepenggal berkhidmat.
Katanya, pelbagai program untuk rakyat telah dilaksanakan khususnya ketika penularan Covid-19.

NUR HAZWANI ABDUL WAHI

“Saya menyambut baik pelantikan ini dan berharap usaha menyantuni rakyat dapat diperbanyak selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini