MELAKA: Meneruskan agenda pembangunan dan menyantuni rakyat antara harapan besar rakyat terhadap pelantikan semula Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua. Ketika ditemui Utusan Malaysia, pensyarah, Abd. Aziz Azmi, 35, berkata, Mohd. Ali diharapkan dapat menyumbang idea dalam mempertingkat dan melestarikan ekonomi Melaka khususnya sektor pelancongan. ABDUL AZIZ AZMI “Beliau memahami denyut nadi rakyat kerana pernah mentadbir Melaka sebelum ini sebagai Ketua Menteri. Banyak…