KEFASIHAN beberapa pemain bola sepak kegemarannya bertutur dalam lima bahasa termasuk Sepanyol membuatkan penyanyi, Yunalis Zarai terpanggil untuk mengikuti langkah yang sama. Tambahan pula, keadaannya yang menetap di Los Angeles (L.A) dengan hampir 40 peratus penduduk di sana mahir berbahasa Sepanyol menguatkan lagi hasrat penyanyi itu untuk menguasai bahasa itu. Bermula tahun lalu, Yuna tekun mempelajari bahasa tersebut berbekalkan sokongan suami, Adam Sinclair. Anak jati Alor Setar, Kedah itu merujuk…










