Promosi judi dalam talian: 5 individu mengaku tak bersalah

Promosi judi dalam talian: 5 individu mengaku tak bersalah

LIMA lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah atas dakwaan mempromosi permainan perjudian dalam talian ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Lima lelaki warga tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mempromosi permainan perjudian dalam talian, Selasa lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah secara bersama.

Ketika pertuduhan tersebut dibacakan, kesemua tertuduh, Ng Cheng Boon, 30; Ooi Kah Chun, 20; Ryan Lim Wei En, 30; Lim Wei Hong, 19; Kevin Lee Kai Wen, 30, juga meminta agar mereka dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh mempromosikan permainan perjudian dalam talian dengan cara menggunakan aplikasi WhatsApp dan ‘text’ di Telegram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul pukul 11.30 malam, 14 Mei lalu di sebuah kondominium di Jalan Batu Uban, di sini.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, setiap individu boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM50,000 selain dipenjara sehingga tiga tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil turut menawarkan wang jaminan berjumlah RM7,000 kepada setiap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili kesemua tertuduh, K. Mahendren memohon agar mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan terhadap anak guamnya itu memandangkan mereka berjanji untuk mematuhi segala arahan mahkamah.

Majistret kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN