PRK Kuala Kubu Bharu: PN nafi berkempen dengan isu 3R - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Bharu: PN nafi berkempen dengan isu 3R

Fahmi
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika berucap di Ceramah Perdana PN dekat Pekan Batang Kali, di Hulu Selangor, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / M. FIRDAUS M. JOHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) nafi menggunakan isu berkaitan agama, institusi diraja dan kaum (3R) sebagai bahan kempen di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, PN berkempen dengan menggunakan realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat tempatan.

“Tidak, kita guna isu rakyat Malaysia, tidak ada isu perkauman (dan) kita tidak ada kutuk siapa-siapa.

“Saya tidak dengar pun (PN berkempen menggunakan isu perkauman), kita guna isu biasa sahaja. Kita bagi rakyat faham,” katanya ketika ditemui pemberita, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan, PN didakwa terpaksa bermain dengan isu kaum dan agama termasuk berkaitan sekolah vernakular dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pemimpin-pemimpin PN kini sudah ketandusan idea sehingga bermain dengan isu tersebut untuk berkempen bagi PRK Kuala Kubu Bharu.

Jelasnya, tindakan pemimpin PN itu akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada mereka dan permainan sentimen tersebut perlu dihentikan.

“Berapa ramai pimpinan Pas hantar anak (mereka) ke sekolah Cina malah saya difahamkan cucu Hadi (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang) dihantar ke sekolah Cina,” katanya sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN