KANGAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang dalam proses bagi penjenamaan semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada Program Residensi Rakyat (PRR) dalam menyediakan model perumahan bertaraf dunia. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, model yang akan digunakan menerusi pelaksanaan PRR itu adalah sama seperti mana dilakukan di Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Katanya, buat masa ini, kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak RM12 bilion bagi pembinaan sebanyak 116,000 unit rumah PPR…