TANJUNG MALIM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Sabtu ini. Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, potensi kemenangan calon muda itu tinggi selain tidak pernah khuatir jumlah majoriti yang diterima kerana paling utama adalah kemenangan. “Saya ada keyakinan calon PH boleh memenangi PRK ini kerana…










