KUALA LUMPUR: Penganjuran parti liar di dalam gerabak syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bukan sahaja dikecam malah ia tidak selari dengan hasrat kerajaan yang berobjektifkan Malaysia Madani serta kaya dengan adat ketimuran. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Mohd Shukor berkata, program itu amat dikesali kerana melibatkan kerjasama KTMB yang merupakan GLC kerajaan. “Pelbagai persoalan timbul sebenarnya, adakah GLC dalam kerajaan sekarang sudah terdesak mencari untung dan populariti? Ataupun sudah ada polisi baru bagi mana-mana GLC untuk fokus pada penganjuran sebegini. Menjayakan hasrat Kerajaan Madani perlu menjadi aspirasi semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya