PUTRAJAYA: Penggunaan rokok elektronik di Malaysia meningkat dengan ketara sehingga 600 peratus dengan 5.8 peratus adalah pengguna semasa pada tahun lalu, berbanding hanya 0.8 peratus pada tahun 2011. Berdasarkan penemuan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023, pengguna rokok elektronik berumur 15 hingga 24 tahun menunjukkan peningkatan drastik daripada 1.1 peratus pada tahun 2011 kepada 8.6 peratus pada tahun lalu. Dwi pengguna (tembakau dan rokok elektronik) turut meningkat daripada 0.8…










