Penganggur dipenjara 30 hari curi setandan pisang - Utusan Malaysia

Penganggur dipenjara 30 hari curi setandan pisang

WAN Mustafa Wan Ab. Rahman yang mengaku salah mencuri setandan pisang dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 30 hari setelah mengaku bersalah mencuri setandan pisang, minggu lalu.

Wan Mustafa Wan Ab. Rahman, 44, membuat pengakuan itu hari ini sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrini Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Mustafa yang merupakan seorang penganggur didakwa telah mencuri setandan pisang milik seorang warga emas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Beladau Kolam dekat Manir, di sini, kira-kira pukul 6.50 petang, 29 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan bermula tarikh tangkapan iaitu 29 April.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×