SIK: Gara-gara menggunakan aplikasi pandu arah, Waze seorang lelaki tersesat lebih kurang enam jam dalam kebun getah dan kelapa sawit di Felda Teloi Kanan, di sini ketika dia mahu pulang ke rumah abangnya di Sungai Petani. Difahamkan mangsa berusia 32 tahun itu pulang beraya dari rumah rakannya di Sungai Lalang, Sungai Petani kira-kira pukul 1 pagi tadi, namun tersesat jauh apabila dia hanya berpandukan aplikasi berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, lelaki itu hanya berjaya menghubungi bomba kira-kira pukul tujuh pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya