SEPANG: Seramai 10 orang individu yang menawarkan perkhidmatan teksi tanpa izin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Ulat yang diadakan malam semalam. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, suspek yang sering kali dirujuk dengan nama ulat teksi itu menawarkan pelbagai jenis kenderaan kepada penumpang di KLIA. “Ada sebuah kereta jenis mewah turut disita, manakala sembilan lagi…










