KEMAMAN: Tindakan seorang pemandu lori yang berada di bawah pengaruh dadah untuk cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 158, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Geliga, di sini, membawa padah apabila dia diberkas polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi tadi, lelaki berusia 32 tahun yang memandu lori jenis Auman itu secara tiba-tiba merempuh sekatan jalan raya dan…