Pelajar lepasan SPM perlu tentukan hala tuju selaras revolusi AI - Utusan Malaysia

Pelajar lepasan SPM perlu tentukan hala tuju selaras revolusi AI

TEKNOLOGI blok rantai dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian daripada ekosistem kewangan negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu menetapkan hala tuju tepat agar bidang dan jurusan yang diambil masih ‘laris’ di pasaran, juga selaras dengan perkembangan teknologi baharu iaitu kecerdasan buatan (AI).

Ini penting supaya para pelajar akhirnya dapat menempatkan diri dalam bidang pekerjaan, sekali gus kadar pengangguran dapat dikurangkan.

Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Barjoyai Bardai berkata, tempoh selepas mendapatkan keputusan SPM dan sebelum memasuki universiti merupakan saat ganting bagi pelajar untuk membuat keputusan tepat, sekaligus membolehkan diri ditempatkan dalam bidang pekerjaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya banyak penganalisis di seluruh dunia mengatakan pengajian tinggi di masa akan datang akan menjadi luar guna, maksudnya tidak begitu penting kepada pelajar kerana pengajian tinggi misalnya di universiti agak lambat dalam perubahan kurikulum dan sebagainya.

“Jadi, universiti pada waktu kini memainkan peranan baru dengan menawarkan program micro-credential, ini kursus di hujung minggu secara jangka pendek, mereka memberi sijil, tetapi sijil lebih relevan kerana pengajiannya meliputi pengajian ilmu dan kemahiran terkini yang diperlukan dalam industri. 

“Contohnya, hari ini menuju kepada industri revolusi 4.0 ilmu dan yang paling penting adalah AI, berkait dengan mission learning. Majikan apabila dia nak ambil pekerja, dia perlu menyaring semua calon dan perlu mempunyai latar belakang dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Secara umum, teknologi AI mengalami evolusi yang ketara dan membentuk perubahan dalam cara hidup dan bekerja.

Selain itu jelas Barjoyai lagi, antara kemahiran yang perlu dikuasai adalah dalam teknik codding dan cyber security dimana ia merupakan kemahiran dan ilmu baru yang diperoleh melalui kursus jangka pendek dalam semua bidang yang ditawarkan di universiti.

“Kalau sebenarnya tidak pasti tentang apa yang mereka nak lakukan selepas ini, saya cadangkan mereka daftar kursus micro-credentioal yang ditawarkan kebanyakan universiti, institusi vokasional, mereka daftar secara dalam talian atau secara fizikal dan ikuti program ini hujung minggu. 

“Beberapa minggu sahaja mereka sudah mendapat sijil, mereka terus dikelaskan sebagai kumpulan majir sebab ada sijil kemahiran itu,” jelasnya lagi. 

Dalam pada itu, pakar pengurusan UK, Institut Pengurusan Bertauliah (CMI), Major Dr. Prebagaran Jayaraman berkata, AI disifatkan sebagai alat untuk membantu aktiviti seharian dan pekerjaan untuk menjadi lebih efisyen, dan ia merupakan perkembangan terbaharu dalam peredaran zaman hari ini.

Jelasnya, mahu atau tidak semua pihak tidak boleh menolak teknologi baharu yang perlu dipelajari, dimana ia perlu bermula di peringkat sekolah sehingga alam pekerjaan.

“Suatu ketika dahulu pada zaman 1985, kita menggunakan mesin taip. Dan kemudian kita semua perlu mengikuti kursus microsoft yang disifatkan sebagai teknologi mengikut peredaran zaman. Sebelum itu juga mereka juga menghadiri kursus cara untuk menggunakan mesin taip. Dan apa yang berlaku pada hari ini adlaah teknologi baru AI yang perlu dipelajari.

“Bagaimanapun, kita perlu mengawalnya supaya AI tidak mengambil alih idea manusia dan kita pula menjadi hamba kepada AI. Ini kerana secara dasarnya, AI hanya menjadi pembantu manusia sahaja untuk memudahkan urusan,” ujarnya.

Senada, Pengerusi Pusat (Kajian Pembudayaan STEM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Mohamad Sattar Rasul berkata, bagaimanapun pendekatan perlu diambil sejak di peringkat sekolah lagi dimana pendedahan wajar dilakukan mengenai kerjaya pilihan, sekali gus tumpuan boleh diberi kepada subjek yang berkaitan.

Jelas Mohamad Sattar lagi, ia kemudiannya diteruskan selepas tamat SPM dengan mengambil jurusan yang berkaitan dengan kerjaya pilihan berkenaan, sekali gus kemahiran AI akan didedahkan menerusi kursus jangka pendek mengikut jurusan yang diambil.

“Pelajar lulusan SPM ni sebenarnya mereka tiada isu AI dan perubahan teknologi sebab mana-mana negara maju..di peringkat sekolah memang bersifat membangunkan pengetahuan kemahiran pelajar, kreativiti pelajar, bukan mesti mereka cekap AI untuk bidang pekerjaan.

“Jadi, apa yang perlu dilihat adalah latar belakang dalam keputusan mereka ada, kalau nak ke kejuruteraan, mereka perlu fokus kepada Matematik dan Sains. Dalam perubuahan teknologi digital ini akan berlaku di universiti, mereka akan mengambil jurusan yang berkaitan dengan kerjaya pilihan dan seterusnya mempelajari AI di universiti mengikut kursus jangka pendek yang disediakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini