Pas belum bincang soal PRN Sabah

Pas belum bincang soal PRN Sabah

MOHD. Amar Nik Abdullah (tengah) bersalaman dengan hadirin selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas belum mengadakan sebarang perbincangan atau keputusan sama ada mahu meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, masih terlalu awal untuk beliau memberi sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut.

“Belum ada sebarang perbincangan mengenai PRN Sabah dan Pas Sabah juga belum mengemukakan apa-apa pandangan kepada Pas Pusat. Jadi, saya tidak boleh memberikan sebarang komen buat masa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebiasaannya kita akan tunggu pandangan Pas Sabah terlebih dahulu. Mereka akan bermesyuarat dan memberikan pandangan sebelum Pas Pusat membuat sebarang keputusan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu turut menyambut baik kenyataan yang pernah dikeluarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa PRN Sabah ke-17 hanya akan berlaku selepas tamat penggal DUN Sabah sedia ada, iaitu pada September tahun depan.

“Lagi lambat lagi baik sebab kita boleh buat banyak lagi kerja di sana (Sabah),” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Hajiji memberi bayangan PRN Sabah ke-17 hanya akan diadakan selepas tamat penggal DUN sedia ada iaitu September tahun depan dan masih banyak urusan pentadbiran perlu diselesaikan khususnya beberapa isu pembangunan dihadapi rakyat Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini