Mohon padam akaun yang menyamar jadi saya - Noorkhiriah - Utusan Malaysia

Mohon padam akaun yang menyamar jadi saya – Noorkhiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Noorkhiriah berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menularkan semula video lamanya di media sosial.

Lebih mendukacitakan, rakaman tersebut ditular dan disebarkan melalui akaun media sosial palsu yang didaftarkan atas namanya.

Justeru, pelakon berusia 45 tahun memberi amaran bakal mengambil tindakan sekiranya pemilik akaun berkenaan terus menyamar, berselindung di sebalik akaun berkenaan.

“Viral balik video ini dekat TikTok. Ini video lama, sudah 7 tahun.

“Saya elok sahaja berlakon, baru selesai penggambaran pukul 7 pagi tadi.

“Mohon kepada pemilik akaun TikTok ini tolong padam akaun yang menyamar menjadi saya sebelum tindakan diambil,” katanya di Instagram.

Dalam rakaman tersebut, pemilik nama penuh Noorkhiriah Ahmad Shapie ini mengumumkan dia mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Video tersebut yang tular baru-baru ini menimbullan kekeliruan dan tanggapan tidak benar tentang pelakon tersebut yang masih aktif berlakon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN