SAYA akan berperang sendiri untuk memutuskan mana lagu yang lebih baik, Hilang atau Kau. Itu untuk tempat kedua, sebab Maha Seni dah pasti teratas. Dan saya akui, Malay New Order album yang baik, malah sangat baik. Tapi ada nilai sentimental melekat pada EP Rawi Live. Sang Rawi antara kugiran yang saya temui pasca-2019. Sebelum 2019, saya kurang meneroka kugiran baharu. Selera telinga melekat pada lagu-lagu lama atau lagu baharu dari…










