PUTRAJAYA – Menara Kuala Lumpur (KL) kini diuruskan oleh satu syarikat usahasama, LSH Best Builders Sdn. Bhd. dan Service Master (M) Sdn. Bhd. bagi konsesi selama 20 tahun. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diumumkan dalam mesyuarat jemaah menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, syarikat usahasama itu dipilih daripada lima pembida syarikat tempatan yang mengemukakan Permintaan Cadangan (RFP).…










