Mat Sabu wakili Malaysia ke pengebumian Presiden Iran - Utusan Malaysia

Mat Sabu wakili Malaysia ke pengebumian Presiden Iran

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili negara ke majlis pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden Interim Iran, Mohammad Mokhber.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Presiden Iran dan Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian yang maut dalam nahas helicopter pada 19 Mei lalu.

“Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang menteri kanan (Mohamad) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian almarhum Presiden Raisi,” katanya di dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, Ebrahim yang dilihat bakal pengganti Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, disahkan terbunuh dalam nahas helikopter di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan.

Kematian Raisi disahkan dalam satu kenyataan dalam media sosial oleh Naib Presiden Iran, Mohsen Mansouri dan di televisyen negara.

Beliau turut mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan Ebrahim Raisi dan Hossein Amir pada tahun lepas di New York dan Riyadh.

Jelasnya, beliau memberi jaminan kepada Mohammad Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepimpinan Presiden Iran sebelum ini.

“Mohammad Mokhber merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah sementalahan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.

“Beliau turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran. Di akhir perbualan, beliau memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia akan tetap dipelihara lantas diperkukuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN