PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tanpa belas kasihan oleh pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan dalam perjalanan ke Gaza, semalam. Menurut Kementerian Luar, rejim Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat konvoi bantuan kemanusiaan. Tegas Wisma Putra, kegagalan untuk menyediakan laluan yang selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. “Ini jelas menunjukkan bahawa rejim Israel…