PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan lima bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun kerana mencederakan Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian secara sebulat suara selepas kelima-limanya menarik balik rayuan silang masing-masing. Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi…










