SEREMBAN: Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan melontarkan kemusykilan sama ada larangan kepada penjawat awam khususnya pegawai tertinggi kerajaan memegang jawatan politik sudah dimansuhkan. Ini susulan tular di media sosial paparan infografik ucapan tahniah atas pelantikan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Roslan Hussin sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. Lebih menjadi tanda tanya apabila infografik tersebut dikeluarkan atas nama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) tersisip logo PKR bersebelahan jata rasmi kerajaan. Pengerusinya, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, walaupun penafian telah dibuat oleh JPNS tentang infografik berkenaan, namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya