SEPANG: Operasi haji tanah air bermula hari ini dengan perlepasan kumpulan pertama seramai 284 orang bakal jemaah haji ke Tanah Suci yang dijadualkan lewat malam ini. Utusan Malaysia difahamkan bahawa mereka yang masing-masing 142 orang diterbangkan dari dua stesen berlepas iaitu Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan petang tadi. Kumpulan berkenaan kemudian dijangka bergabung membentuk pula KT01 di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira…











