KEPALA BATAS : Sebanyak RM26.3 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menaik taraf kemudahan di 15 buah institut pertanian bertauliah di bawah kementerian itu di seluruh negara. Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, usaha itu bertujuan memastikan pelatih berpeluang menikmati kemudahan komprehensif yang disediakan di institut terbabit. “Peruntukan ini digunakan untuk menyelenggara infrastruktur sekali gus menyediakan prasarana lebih baik yang merangkumi 14 program pembangunan yang…










