PETALING JAYA: Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan memperluas pelaksanaan Fasa 2 kepada Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang melibatkan tambahan 14 jenis kenderaan barangan lain. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, syarikat pengangkutan yang terlibat bagi kesemua 14 jenis kenderaan barangan tambahan itu boleh membuat permohonan melalui Sistem MySubsidi Diesel bermula Isnin, 13 Mei 2024 pada…







