Konsep Hilf al-Fudul diperkenal perjuang isu kemanusian sejagat

Konsep Hilf al-Fudul diperkenal kerjasama rentas global perjuang isu kemanusian sejagat

MOHD. Na'im Mokhtar bersama ulama dan ilmuan pada majlis World Muslim Consultation Summit di Turkiye.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Model kerjasama merentas geografi dan warna kulit menerusi konsep Hilf Al-Fudil perlu ketengahkan sebagai asas bagi memperjuangkan isu-isu kemanusiaan sejagat.

Perkara itu dibangkitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika menyampaikan ucapan khas pada majlis pembukaan World Muslim Consultation Summit di Turkiye semalam.

Menurut beliau, konsep Hilf alFudul didukung oleh Rasulullah SAW dan ia amat relevan pada hari ini terutama bagi pembelaan umat Gaza yang tertindas.

Jelasnya, tiga langkah boleh dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi Hilf Al-Fudul iaitu pembetukan Gabungan Global merentasi negara bagi pembelaan isu-isu kemanusian bersama.

“Kedua, Program Bantuan Kemanusiaan Sejagat dilaksanakan bagi membantu negara-negara yang sedang berdepan krisis kemanusian dan membentuk kerangka penyelesaian konflik inklusif bagi mewujudkan keamanan sejagat.

“Program advokasi dan promosi pendidikan juga perlu diperjuangkan bagi membina solidariti global bagi memupuk keamanan dunia,” katanya.

Jelas Mohd. Na’im, perkara itu adalah sebahagian usaha Malaysia khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam mempromosikan keamanan, perpaduan dan keharmonian di peringkat antarabangsa.

Persidangan sedunia itu dihadiri para ulama dan ilmuan antaranya Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Prof Dr. Ali Al-Qarahdaghi termasuk menteri-menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pelbagai negara.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut menyampaikan ucapan kepada semua tetamu dan peserta dengan menyeru umat Islam untuk kembali berpegang pada tali Allah SWT dan pesanan agar tidak berpecah belah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya