PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan Pelan Induk Sumber Manusia bagi mengatasi isu kekurangan pegawai perubatan di hospital kerajaan ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, itu adalah sebahagian langkah sederhana dan panjang yang bakal dilaksanakan bagi mengatasi isu itu dengan kerjasama beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). “Ia (pelan induk) baru sahaja disebut dalam mesyuarat pasca Kabinet sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan…










